
Semalam heboh di media sosial, tentang kes penceraian pengarah terkenal Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang baru sahaja memfailkan cerai.
Pun begitu, Puteri Sarah terkejut apabila Syamsul Yusof tidak mahu menceraikan isteri pertamanya itu walaupun kemelut rumah tangga mereka kelihatan seperti tidak dapat dipulihkan lagi.
Malah, ketika ditemu bual, Puteri Sarah sendiri seakan tidak faham mengapa suaminya itu enggan melepaskannya, Syamsul turut berkata masih ada sinar buat mereka berdua.
Terbaru, menerusi IG story Puteri Sarah, ada individu yang menghantar direct message (DM) kepadanya yang memberitahu ada sebab mengapa Syamsul tidak mahu menceraikan Puteri Sarah.

“Kawan saya kawan dengan Ira Kazar. Ira tu cakap Sol memang nak cerai tapi dia tak bod*h.
Kalau cerai nanti sis akan tuntut harta pencarian mesti dia akan miskin. Tuntut je sis geram dengar,” tulisnya.
Dalam Ig story itu, Puteri Sarah menyatakan disebabkan perkara sebegitulah yang membuatkan dia memilih untuk mengambil peguam dan menyelesaikan masalah tersebut.
Korang rasa macam?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


