“Memang salah aku, aku yang start” – Syedot Berdepan Dengan Liana, Buat Permohonan Maaf

Entertainment
8 Aug 2024 • 12:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kontroversi di antara dua influencer iaitu Liana Beep Beep dan Syedot menarik perhatian netizen sejak beberapa hari lalu.

Ia tercetus selepas Syedot dalam satu podcast menceritakan dia pernah rapat dengan seorang wanita yang juga seorang influencer malah dia juga memberikan bayangan bahawa wanita itu adalah jodohnya.

Influencer yang dimaksudkan ialah Liana Beep Beep dan disebabkan kenyataan dari Syedot itu, Liana mengeluarkan semua ‘resit’ perbualan WhatsApp mereka sebelum ini dan ianya dilihat bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh Syedot.

Tidak terhenti di situ, Syedot pula mengeluarkan sebuah video untuk menjelaskan bagi pihaknya pula.

Terbaru, mereka berdua akhirnya berjumpa dan membuat satu sesi live bersama untuk menyelesaikan masalah serta kontroversi yang sedang berlaku ini.

@intanese

Syedot berjumpa dan meminta maaf dengan Liana. Semoga dipermudahkan semuanya #syedotasmr #lianabeepbeep

♬ original sound – Intanese – Intanese

“Memang betul saya yang salah, saya yang salah sebab saya yang mulakan dulu. Kalau boleh tak mahu berkelahi dan berpanjangan.

Sebab itu saya berani datang hari ini, awak semua ingat tak takut ke jumpa suami dia dekat depan ni? Tapi kami nak tamatkan isu ini,” kata Syedot.

Liana pula berkata dia dapat mesej (direct message) yang teruk serta komen berbaur hinaan disebabkan kenyataan Syedot itu.

“Suami saya minta kita berdamai, okay kita berdamai tapi ia tak bermakna saya gembira tentang itu.

Awak semua rasa saya ‘over’? Nanti saya akan tunjukkan direct message (DM) yang saya terima disebabkan lelaki ini (Syedot).

Kalau awak semua lihat komen dan DM yang sangat kurang ajar, awak semua akan faham mengapa saya masih marah.

Saya bukan nak batu apikan lagi keadaan, kami perlu buat siaran langsung ini untuk sama-sama hentikan isu tersebut,” kata Liana.

Mereka berdua bagaimanapun sama-sama membuat sesi live itu bagi menghentikan kontroversi ini serta berharap agar tiada pihak yang melagakan mereka berdua lagi.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.