Pelakon baharu, Evanatie Sannie, 25, mengesahkan dirinya merupakan wanita yang dikaitkan dengan kontroversi membabitkan aktor Idan Aedan susulan dakwaan mereka pernah memasuki sebuah hotel bersama-sama.
Bagaimanapun, Evanatie menegaskan terdapat beberapa perkara yang tersebar di media sosial mengenai kontroversi berkenaan adalah tidak benar dan disifatkannya sebagai fitnah.
AdvertisementView this post on Instagram
Menurutnya, perkara tersebut merupakan antara ujian yang perlu dihadapi sebagai anak seni yang baru melangkah ke dalam industri hiburan.
Evanatie akui wanita yang dikaitkan dengan Idan Aedan
Evanatie berkata, dia memahami dunia hiburan mempunyai pelbagai cabaran dan memilih untuk menganggap kontroversi berkenaan sebagai satu ujian.
“Memang saya, tapi itu adalah fitnah semata-mata. Sebab begitulah bila dalam industri ini, saya pun memahami dalam industri ini macam-macam akan kita lalui. Jadi, bagi saya itu adalah ujian.”
Dalam masa sama, Evanatie menegaskan hubungannya dengan individu lain yang terlibat dalam kontroversi tersebut masih baik.
“Kami semua okey dan saya dengan semuanya masih berkawan seperti biasa. Cuma mungkin itu ujian kami dalam industri ini.”
Evanatie berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Kacau di TGV KLCC, Selasa.
Dakwaan ugutan sudah lama diselesaikan
Dalam pada itu, Evanatie turut mengulas mengenai dakwaan ugutan yang diterimanya daripada bekas tunang.
Menurutnya, perkara berkenaan sudah lama diselesaikan dan tidak lagi menjadi isu dalam kehidupannya ketika ini.
View this post on Instagram
“Sebenarnya, benda itu sudah lama selesai. Bagi saya, ada orang yang boleh terima, ada orang yang tidak boleh terima. Apa-apa pun, saya hadap saja. Perkara itu pun dah lama dah tak ada sebenarnya.”
Evanatie turut mendakwa ugutan bukan hanya diterima oleh Idan, malah dirinya juga berdepan perkara sama.
“Sememangnya yang diugut itu dia (Idan), begitu juga dengan saya. Jadi macam saya cakap, itu adalah ujian. Paling penting saya selamat dan kawan-kawan yang lain selamat.”
Pilih untuk teruskan kehidupan seperti biasa
Mengulas mengenai kesan kontroversi tersebut terhadap emosinya, Evanatie mengakui tidak terlalu terjejas dan memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Dia bagaimanapun mengakui akan lebih berhati-hati selepas ini, terutama ketika berdepan perkara yang boleh mencetuskan salah faham atau perhatian umum.
“Saya okay sahaja saja sebab dalam industri ini memang macam itu. Saya akan terima, saya akan jalani hidup macam biasa. Yang paling penting adalah ketenangan saya sendiri. Ya saya akan berhati-hati selepas ini.”
Evanatie tampil dalam filem sulung Kacau
Terdahulu, nama Idan menjadi perhatian selepas timbul dakwaan dia pernah memasuki sebuah hotel bersama seorang wanita yang dikatakan tunang orang.
Dalam perkembangan lain, Evanatie kini melangkah ke dunia lakonan menerusi filem sulungnya, Kacau.
Pelakon itu menyifatkan peluang yang diberikan produksi Le Mediator Studio sebagai pengalaman baharu yang cukup bermakna dalam perjalanan kariernya sebagai anak seni.
Selain Evanatie, filem tersebut turut dibintangi Kerisyah Kemal, Fimie Don, Sadiq M Jamil, Arfie Shah dan Nurel Baharin.
Filem yang diinspirasikan daripada novel tulisan Ariff Adly itu bakal menemui penonton di pawagam bermula 12 November ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Mampuslah…”- Cara Suami Dr Fie Bercakap Cetus Kritikan, Netizen Anggap Terlalu Kasar
The post “Memang Saya, Tapi Itu Fitnah Semata-mata” – Evanatie Sannie Buka Mulut Isu Hotel Bersama Idan Aedan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




