“Memang semua benda nak politikkan ke?” – Aeril Zafrel Berang Ada Pihak Pertikai Pertemuannya Dengan ADUN

Entertainment
9 Jan 2023 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sesebuah gambar itu boleh memberi pelbagai impak, selagi tiada yang menceritakan hal sebenar di sebalik sesuatu gambar itu, selagi itu bermacam-macam spekulasi boleh dibuat.

Itulah yang terjadi kepada pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel, apabila terdapat sebuah akaun di Twitter mengatakan beliau mengambil kesempatan politik terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Kenyataan provokasi berbaur politik itu berhubung pertemuannya dengan ADUN Rengit dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Aku jumpa dia sebab dia DUN Rengit, kampung aku. Aku nak buat masjid tempat kampung aku, mestilah kena jumpa YB sini.

Memang semua benda kau nak politikan ke?” tulisnya.

Berang dengan perkara itu, Aeril menempelak kenyataan akaun Twitter tersebut dengan memberitahu tujuannya bertemu dengan ADUN tersebut adalah untuk membina masjid di kampung tempatnya membesar.

Akaun Twitter tersebut seolah-olah menuduh Aeril bersikap tamak apabila mahu membolot job bersama parti Barisan Nasional serta memuat naik gambar pertemuan pelakon tersebut dengan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di sebuah hotel di Putrajaya.

Pun begitu, akaun berkenaan telah pun membuat permohonan maaf tetapi setakat artikel ini ditulis tweet asal masih belum dipadam.

Hmm, tak baik tuduh-tuduh macam tu…

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.