“Memang sudah tidak boleh hidup bersama” – Diana Danielle Minta Peguam Bersedia Sejak Bulan Lalu

Entertainment
29 Oct 2024 • 3:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tiada angin tiada ribut pelakon terkenal tempatan Diana Danielle mengumumkan dia sudah berpisah dengan suaminya dan akan memfailkan cerai.

Terbaru, menerusi laporan mStar peguam Diana Danielle, Akberdin Abdul Kader mengesahkan anak guamnya itu mahu menuntut cerai buat kali kedua. Malah, dia berkongsi Diana memintanya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan sejak bulan lalu.

“Sebenarnya sudah ada arahan untuk bersedia sejak sebulan lalu daripada Diana. Mereka difahamkan memang sudah tidak boleh hidup bersama.

Jadi, semalam dia hubungi saya dan minta saya siapkan dokumen diperlukan untuk dibawa ke mahkamah (syariah),” katanya.

image is not available

Dalam perkongsian yang sama, Akberdin berkata permohonan itu akan difailkan selewat-lewatnya pada Isnin depan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, peguam itu menjelaskan sebelum kes cerai difailkan, pihaknya akan menyelesaikan pengesahan rujuk dibuat pasangan pelakon itu pada 31 Ogos tahun lalu.

“Sebelum itu kami kena selesaikan isu kes rujuk, dapatkan pengesahan mahkamah dahulu. Sebab mereka cerai, kemudian rujuk kembali.

Jadi kena ikut prosedur, selesaikan rujuk kemudian baru boleh cerai buat kali kedua,” katanya.

Difahamkan, Farid Kamil masih belum memberikan apa-apa respon berkenaan hal rumah tangganya itu.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.