“Memudaratkan mental & fizikal…” – Uqasha Senrose Dedah Sebab Nekad Nak Berpisah

EntertainmentFamily & Parenting
19 Nov 2025 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan tempoh empat tahun adalah waktu yang lebih daripada cukup untuk dirinya memberi peluang kepada Kamal Adli memperbaiki rumah tangga mereka.

Itulah yang menyebabkan Uqasha kekal nekad dengan pendiriannya untuk berpisah kerana merasakan usahanya untuk memperbaiki hubungan disia-siakan suami.

Menurut pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, pelbagai usaha sudah dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga termasuk berjumpa dengan keluarga Kamal demi mempertahankan perkahwinan mereka.

“Tetapi, tiada perubahan langsung oleh Kamal. Saya masih ada ibu bapa, adik-beradik, saya perlu beritahu keluarga apa yang terjadi dalam rumah tangga saya.

“Saya berbincang dan kedua-dua juga sudah berbincang untuk beri peluang lagi kepada Kamal. Namun peluang itu dipersia-siakan.

“Setelah dipersiakan, saya rasa adalah terbaik untuk saya dan anak keluar dari kemelut yang memudaratkan mental dan fizikal saya serta anak. Jadi saya nekad untuk berpisah,” katanya.

image is not available

Uqasha berkata demikian ketika ditemui sejurus prosiding ketiga kes perceraiannya dengan Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan kedua-dua pihak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi berbincang sebelum prosiding seterusnya pada 18 Disember depan.

Untuk info, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.