Menantu Kongsi Allahyarham Kamal Bakar Sangat Baik, Sanggup Carikan Durian Ketika Mengidam

Entertainment
2 Jul 2024 • 2:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

25 Jun lalu, Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Kamal Bakar yang menghidapi kanser paru-paru tahap 4.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi hari itu.

Terbaru, menantu kepada Allahyarham, Dian Zman berkongsi kebaikan yang pernah dilakukan oleh bapa mentuanya itu.

Dalam satu sesi live , isteri kepada pelakon Hanis Kamal Bakar itu berkongsi arwah bapa mentuanya itu sanggup mencari durian kerana dirinya pada ketika itu sedang hamil dan mengidam untuk makan buah bermusim itu.

@realboymikail

Suka Bahagia kan orang sekelililingnya… itulah kamal bakar ,bapa yang baik,bapa mertua yang baik,banyak kebaikan beliau yang kita semua tak boleh nak jangka…alhamdullilah….alfatihah buat allahyarham kamal bakar…sentiasa diingatan #artismalaysia #kamalbakar #haniskamalbakar #alfatihah

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

“Masa mengdungkan Tuah, tapi tu lah jahatnya nak makan durian musang king kalau durian biasa biasa tu mungkin senang nak cari sebab bukan musim lagi kan.

Ayah pergi cari sampai dapat,” kongsinya.

Malah, Hanis Kamal juga berkongsi selang dua hari selepas itu, arwah bapanya itu memberitahu ada pesta FAMA berdekata tempat tinggal mereka dan pelakon veteran itu menyuruh menantunya itu untuk makan sahaja mana-mana durian yang dia mahu dan dia sendiri membayarnya.

Dian juga berkongsi rasa rindu terhadap bapa mentuanya yang amat disayangi itu, kedengaran suaranya begitu sebak mengenangkan bapa mentuanya itu.

Al-Fatihah…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.