Menari bersama isteri, Haqiem Rusli dikecam – “Dulu tak macam ni”

EntertainmentMusic
26 Oct 2023 • 10:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan penyanyi, Haqiem Rusli menari bersama isterinya Anis Sofea di sebuah tempat letak kereta selepas menonton konsert beberapa hari lepas menerima kecaman netizen.

Menerusi muat naik di akaun Instagram milik Anis, satu video memaparkan Haqiem bersama isterinya sedang sakan menari melakukan trend #imtheonechallenge.

Haqiem Rusli dikecam menari

Muat naik tersebut mengundang rasa kurang enak daripada netizen sehingga ramai yang meninggalkan komen negatif di bawah video itu.

Segelintir netizen menyifatkan penyanyi berusia 25 tahun itu berubah selepas berkahwin dan bukan seperti dahulu yang mementingkan aurat seorang wanita.

Haqiem bukan macam ni sebelum kahwin

image is not available

Haqiem Rusli dikecam menari, dulu tutup aurat peminat….

image is not available

Selain suaminya, Anis juga menjadi mangsa kecaman netizen kerana dikatakan baru sahaja berkongsi kesedihan berkenaan isu di Palestin, kini sedang bergembira pula.

Makin teruk?

image is not available

Haritu sedih pasal Palestin, ni dah gembira pula?

image is not available

Hormat sikit yang kat Gaza

image is not available

Boleh pula terjoget-joget

image is not available

Namun begitu, ada juga warga maya yang memberi sokongan kepada pasangan tersebut dengan mendoakan Anis supaya terbuka hati untuk menutup aurat semula.

Moga tutup aurat perlahan-lahan

image is not available

Malah, ada juga individu yang memuji pasangan itu dengan mengatakan kedua-duanya kelihatan comel apabila menari bersama.

Comelnya…

image is not available

Cantik la dress..

image is not available

Untuk rekod, Haqiem dan Anis telah mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 dan sekitar April tahun ini, isterinya mengambil keputusan untuk menanggalkan hijab.

Tindakan isterinya itu mendapat kecaman hebat, bukan sahaja kepada Anis namun juga kepada penyanyi itu namun Haqiem tetap setia bersama isterinya.

Menurutnya, dia sudah berusaha untuk menjadi suami yang baik kepada isterinya dan sedia menerima ujian tersebut disamping memberikan Anis masa kerana tidak mahu terlalu memaksa.

Malah, ibu kepada Haqiem iaitu Nazrah Nordin ada mendedahkan menantunya itu pernah menyuarakan hasrat untuk memakai tudung semula namun beliau juga akur untuk memberikan Anis masa.

Sumber: Instagram Anis Sofea