
Seorang individu menerima kecaman daripada pengguna media sosial apabila melontarkan perkataan kurang molek pada penyanyi Haqiem Rusli dan isterinya Anis Sofea.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan oleh Anis di Instagram, individu tersebut meninggalkan komen: “Bangang nak mamp*s”
Pada komen berkenaan, ramai dalam kalangan netizen membidas dan menyelar kembali tindakan individu tersebut yang dianggap biadap.




