“Yang tak cerdik ni jangan tunjuk” – Asyik Mencelah Ketika Bercakap, Mamat Sepah Kena Tegur Dengan Syamsul Debat

Entertainment
22 May 2025 • 3:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelawak Mamat Sepah sekali lagi menjadi tumpuan netizen berikutan videonya menerusi satu sesi audiosiar atau lebih dikenali sebagai podcast yang dikendalinya.

Tindakan Mamat Sepah atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad yang mencelah percakapan penceramah bebas, Syamsul Debat mencetuskan rasa kurang senang netizen.

Menerusi satu potongan video klip yang dimuat naik pengguna media sosial, Syamsul Debat ketika itu sedang berkongsi kisah tentang kerjayanya.

Namun, tindakan Mamat yang sering memotong kata-kata penceramah terbabit sambil tertawa telah menyebabkan pelawak itu diberi teguran.

“Perangai yang tak cerdiknya jangan tunjuk, geram betul aku. Sabar, kena sabar dulu, daripada tadi aku menahannya,” tegur Syamsul.

“Menyampuk tak kena tempat”

Pengguna media sosial yang memuat naik video klip itu menyatakan dia berasa malu jika dirinya di situ kerana ditegur sebegitu oleh individu yang dihormati.

image is not available

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Syamsul dengan menegur perbuatan Mamat itu.

image is not available image is not available

Ada yang menegur sepatutnya para podcaster seharusnya selidik atau mencari sedikit info tentang latar belakang jemputan.

Jika jemputan itu seorang yang tinggi ilmunya, ia perlulah disertakan dengan adab walaupun situasinya dalam keadaaan santai.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.