“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Hj Hadi, Insya-Allah” -PM Anwar

LocalPolitics
18 Jun 2025 • 12:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Mendoakan kesihatan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan yang berterusan buat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas berita tentang keadaan terkini beliau mendapat liputan.

PM Anwar mendoakan kesihatan Hadi Awang

Perkara tersebut dinyatakan Anwar menerusi ciapannya di platform X dengan berkongsi semula hantaran mengenai berita tentang kejayaan prosedur kesihatan melibatkan Hadi Awang.

“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Haji Hadi, Insya-Allah” tulisnya ringkas.

image is not available

SUA PAS ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan TGHA

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Abdul Hadi susulan prosedur rawatan yang dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN).

image is not available

Beliau juga menzahirkan ucapan syukur diatas kejayaan pakar di IJN melaksanakan rawatan seperti yang dirancang tanpa sebarang komplikasi.

image is not available

Terdahulu, Abdul Hadi dikhabarkan akan menjalani prosedur rawatan di IJN oleh anaknya, iaitu Exco Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi yang memohon orang ramai agar mendoakan dan melakukan solat hajat untuk kesihatan bapanya.

Sumber; X anwaribrahim