Mengadu gastrik teruk, pelakon Cik Man meninggal dunia

LocalEntertainment
5 Aug 2026 • 6:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mengadu gastrik teruk, pelakon Cik Man meninggal dunia

PETALING JAYA – Pelakon veteren Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man, 67, meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang tadi.

Anak keduanya, Fakhrol Aliff mengesahkan perkara tersebut selepas diberitakan arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tanah Merah, Kelantan.

“Saya baru balik dari rumah tadi, rasanya dalam pukul 5 petang.

“Saya balik mandi lepas jaga abah tadi selepas itu kakak telefon kata datang hospital sebab abah dah tak ada,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Kongsinya lagi, pelakon filem Rock Oo itu sempat mengadu sakit perut beberapa hari sebelum bapanya ditidurkan semalam.

“Abah sebelum ini tak sakit teruk pun, kali terakhir dia kena serangan jantung dua tahun lepas.

“Selepas daripada itu, periksa jantung semua tak ada tapi dia selalu macam gastrik. Dia teruk semalam.

“Dia ada mengadu sakit tapi gastrik, sakit perut dan sakit belakang. Macam angin begitulah.

“Jadi, bila nak ajak pergi hospital dia tak nak. Semalam, dia dah tak tahan sangat dah,” katanya lagi.

Bagaiamanapun, Fakrol masih tidak mengetahui maklumat mengenai pengebumian bapanya.

Semalam, Cik Man ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) susulan masalah saluran jantung tersumbat.

Cik Man sebelum ini melakukan kemunculan sulung membawakan watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja.

Panggilan Farouk yang dahulunya sinonim dalam kalangan peminat era 1980-an kini sudah bertukar kepada Cik Man, nama wataknya dalam filem Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid. – KOSMO! ONLINE

The post Mengadu gastrik teruk, pelakon Cik Man meninggal dunia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved