Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa bergegas pulang ke kediamannya selepas mengadu tidak sihat sebelum majlis tahlil Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
Tun M Mengadu Tak Sihat Ketika Majlis Tahlil
Perkembangan itu berlaku sebelum majlis bermula dan mengejutkan tetamu yang hadir.
Dr Mahathir dilihat dikerumuni rakan-rakan artis dan tetamu ketika hendak meninggalkan lokasi. Beliau kelihatan menahan kesakitan sambil melambaikan tangan sebelum bergegas pulang.
Majlis tahlil bagaimanapun diteruskan seperti dirancang dengan kehadiran anaknya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mewakili beliau.
Malaysia Gazette Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, diikuti bacaan tahlil dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Nampak Lebih Kemas Dan Sihat" - Rajin Bertegur Sapa Dengan Rakyat, Keadaan Terkini Tun M Buat Ramai Lega
The post Mengadu Tak Sihat, Tun Dr Mahathir Bergegas Pulang Sebelum Majlis Tahlil Isteri Tercinta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






