“Rasa Macam Baru Semalam Pergi” – Genap Sebulan Pemergian Tun Hasmah, Kenangan Bersama Tun M Sentuh Hati Netizen

28 Oct 2026 • 8:46 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Rasa Macam Baru Semalam Pergi” – Genap Sebulan Pemergian Tun Hasmah, Kenangan Bersama Tun M Sentuh Hati Netizen

KUALA LUMPUR: Genap sebulan pemergian Allahyarhamah Tun Hasmah Mohamad Ali, kenangan kebersamaan beliau dengan suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kembali menyentuh hati ramai apabila satu perkongsian di Threads mengundang pelbagai reaksi netizen.

Reaksi netizen

Menerusi perkongsian akaun Threads @amofficialmy, satu video memaparkan momen Tun Hasmah bersama Tun Dr. Mahathir yang masih mendapat perhatian pengguna media sosial.

Ruangan komen dibanjiri ucapan takziah, doa dan luahan hati netizen yang tersentuh mengenangkan perjalanan hidup pasangan itu yang bersama selama lebih 70 tahun.

“Sebulan berlalu masih belum kering air mata bila posting-posting berkaitan Allahyarhamah lalu di feed aku,” tulis seorang pengguna Threads, @heyyy.

Seorang lagi pengguna, @nughuljb, turut menitipkan doa agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta Tun Dr. Mahathir diberikan kekuatan dan kesihatan.

Kasih yang terus dikenang

Allahyarhamah Tun Hasmah meninggal dunia pada 28 September 2026, sekali gus menamatkan perjalanan rumah tangga pasangan itu yang berlangsung selama lebih 70 tahun.

Sejak pemergian isteri tercinta, Tun Dr. Mahathir dilaporkan hampir setiap hari menziarahi pusara Allahyarhamah. Momen beliau menziarahi pusara isterinya turut mengundang rasa sebak, menggambarkan kehilangan insan yang menemaninya sepanjang perjalanan hidup selama lebih tujuh dekad. – The Malaysian Update

The post “Rasa Macam Baru Semalam Pergi” – Genap Sebulan Pemergian Tun Hasmah, Kenangan Bersama Tun M Sentuh Hati Netizen appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved