Mengaku Menyesal Buang Bayi, Pasangan Kekasih Ditangkap Polis Masa Cuba Nak Ambil Balik Anak

3 Nov 2022 • 4:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sepasang pasangan kekasih ditahan ketika cuba mengambil semula anak yang dibuang di depan rumah orang lain.

Memetik laporan Okenews, kejadian itu difahamkan berlaku di Jalan Mawar, Siantar Barat, Indonesia pada Sabtu lalu.

Dikatakan Aha (lelaki) dan SM (wanita) dicekup ketika mereka datang kembali ke rumah berkenaan untuk mengambil bayi perempuan yang diletakkan di dalam kotak.

image is not available

Sumber : Okenews 

Menurut Ketua Polis Pematang Siantar AKBP Fernando, pasangan tersebut berjaya ditangkap menerusi laporan daripada penduduk setempat.

Siasatan awal juga mendapati kedua-dua individu itu mengaku bayi yang diletakkan di hadapan rumah berikut adalah hasil hubungan terlarang mereka.

SM turut mendedahkan bayi itu dilahirkan di bilik rumahnya di Kecamatan Pematang Sidamanik tanpa pengetahuan sesiapa.

Walau bagaimanapun, pasangan itu mengaku rasa bersalah dengan perbuatan mereka dan datang kembali untuk mengambil bayi yang telah dibuang.

image is not available 1 hari lalu

Pasangan Budak Sekolah Kena Tangkap Basah, Kantoi Buat 'Projek' Dalam Bilik Mandi Masjid Di Siang Hari