Mengaku Tidak Bersalah, Along Cham Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup Kerana Miliki G*nja

Entertainment
20 Dec 2024 • 12:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini, atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 58.23 gram, Sabtu minggu lalu.

Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad yang berusia 41 tahun itu, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.

image is not available

Menurut laporan Sinar Harian, dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin sementara tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadly Hashim.

Hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.

Sebagai info, sebelum ini polis turut menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.