Mengidam Nak Naik Kereta Peronda Polis, Bakal Ibu Terharu Hasrat Akhirnya Tercapai

19 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mengidam Nak Naik Kereta Peronda Polis, Bakal Ibu Terharu Hasrat Akhirnya Tercapai

Hasrat seorang ibu mengandung yang mengidam untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya tercapai apabila warga Polis Daerah Seremban tampil memenuhi keinginannya itu.

Momen istimewa berkenaan menjadi kenangan manis buat bakal ibu itu menjelang kelahiran cahaya mata pertamanya.

Image from: Mengidam Nak Naik Kereta Peronda Polis, Bakal Ibu Terharu Hasrat Akhirnya Tercapai
Tangkap layar video Threads @hzairrrri._

Menerusi perkongsian video di media sosial, tindakan anggota polis berkenaan turut memperlihatkan keprihatinan mereka dalam menyantuni masyarakat, bukan sahaja menerusi tugas menjaga keamanan, malah dengan memenuhi permintaan orang ramai.

Menurut kenyataan rasmi di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, seluruh warga pasukan itu turut mendoakan agar bakal ibu berkenaan dipermudahkan segala urusan dan menyambut kelahiran bayinya dengan penuh kegembiraan.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata tersentuh melihat hasrat ibu mengandung berkenaan ditunaikan.

Image from: Mengidam Nak Naik Kereta Peronda Polis, Bakal Ibu Terharu Hasrat Akhirnya Tercapai
Tangkap layar video Threads @hzairrrri._

Seorang pengguna Threads, nurraihan_amira, merakamkan penghargaan kepada anggota polis yang menggembirakan hati bakal ibu itu, selain mendoakan urusan bersalinnya dipermudahkan.

“Terima kasih bang happykan kaum ibu mengandung yang mengidam. Semoga dipermudahkan urusan bersalin dan bahagia untuk abang dan isteri,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, mizztinie02, turut meluahkan rasa terharu kerana memahami perasaan wanita yang sedang mengandung apabila menginginkan sesuatu.

“Comelnya. Akak yang terharu dan sebak sebab faham perasaan orang mengandung. Memang kalau dia nak, betul dia nak. Moga terus sihat dan bayi pun sihat ya,” katanya.

Sementara itu, suhailahrahim mengakui dirinya turut berasa gembira dan sebak melihat momen berkenaan, walaupun bukan dirinya yang mengidam.

“Dia naik kereta polis, aku pula yang happy sambil sebak, sebab orang mengidam sahaja tahu macam mana perasaan itu,” katanya.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen secara berseloroh.

“Nasib baik akak tak minta duduk lokap bang. Moga berbahagia hingga ke syurga,” komen azid.pj.

Seorang lagi pengguna turut berseloroh dengan mencadangkan agar bakal ibu itu memberitahu anaknya kelak supaya menjadi anggota polis apabila dewasa.

“Comel kak. Nanti cakap kat anak jadi polis kalau dah besar. Kalau tak jadi polis, siap eh,” tulisnya.

Baca juga:

Di sebalik komen mencuit hati itu, perkongsian berkenaan memperlihatkan bagaimana tindakan kecil yang dilakukan dengan penuh keprihatinan mampu mencipta kenangan manis buat seseorang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved