
PETALING JAYA – Insiden nahas helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF yang membawa lima individu termasuk empat kakitangan Kementerian Kesihatan di Long Lellang, Sarawak semalam boleh dianggap sebagai mati syahid bagi yang beragama Islam.
Menjelaskan perkara itu, Pencetus Ummah (PU) Amin menerusi satu hantaran di aplikasi Threads berkata, ini kerana kesemua mereka yang meninggal dunia itu misi menyelamatkan nyawa manusia.
Selain itu katanya, individu yang meninggal semasa mencari nafkah dan tengah bekerja juga boleh dimuktamadkan sebagai mati syahid.
“Rohnya (mereka) mulia dan dipelihara oleh Allah Swt. Semoga Allah kurniakan Syurga tertinggi buat mangsa nahas helikopter ini.
“Damailah kalian dibawah kasih sayang Nya,” tulis PU Amin.
Semalam Kosmo! melaporkan, sebuah helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF yang dikendalikan Layang-Layang Aerospace terhempas semasa dalam dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Miri menuju ke Long Lellang.
Penerbangan berkenaan adalah bagi menjalankan perkhidmatan FDS yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman dan sukar diakses.
Insiden tersebut telah mengorbankan lima nyawa termasuk juruterbang, Kapten Zainol, Dr Ainul, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Alexson Adit dan dua jururawat, Debra Moset serta Jessie Paya. – KOSMO! ONLINE
The post Meninggal dunia menyelamat manusia, mencari nafkah mati syahid – PU Amin appeared first on Kosmo Online.





