Menjejaki Somaliland; Negara Yang Tidak Diiktiraf Dunia

Travel
29 Aug 2024 • 2:30 PM MYT
Sue Oshin
Sue Oshin

Seorang surirumah, penulis dan penterjemah yang telah terbit naskhahnya,

Image from: Menjejaki Somaliland; Negara Yang Tidak Diiktiraf Dunia
Foto Kredit: Sue Oshin

"Perkara yang sudah terjadi itu adalah takdir yang tidak boleh diubah. Masa yang lalu menjadi sejarah untuk pengajaran buat kita. Masa sekarang merupakan satu-satunya ruang untuk kita buat yang terbaik. Masa hadapan adalah sesuatu yang tidak pasti. Jadi kita masih ada masa sekarang sahaj, buat apa disia-siakan untuk marah tidak tentu pasal"

Apa yang boleh saya katakan, buku ini adalah buku wajib dimiliki dan dibaca dan saya rasa menyesal kerana menangguhkan pembacaan selama ini. Banyak fakta yang terungkap yang tidak kita ketahui sebelum ini. Penulis seakan-akan "membawa" kita bersama mengembara bersamanya.

Kisah Somaliland iaitu sebuah negara yang aman di mana ia tidak dilaporkan dalam berita-berita utama malah ia juga negara yang tidak diiktiraf dunia. Hakikatnya,Somaliland bukanlah Somalia! Saya akan ulaskan fakta-fakta penting yang ingin disampaikan oleh penulis dalam bentuk point. Selamat membaca 😊

• Negara ini terletak di sebelah timur Afrika. Ibu negara Somaliland ialah Hargeisa. Tetapi, bagi mata dunia, Hargeisa hanyalah sebuah bandar dalam wilayah Republik Somalia. Seperti yang dikatakan sebelum ini, tiada siapa mengiktiraf kewujudan Somaliland. Apa yang saya faham, kita sering ditakut-takutkan dgn suku-suku yang bergaduh di antara satu sama lain malah untuk datang berkunjung pun tidak berani kerana gara-gara berita tentang Somalia yang menakutkan. Somaliland tidak wujud dan cukuplah hanya sekadar bertanya pasal Hargeisa melainkan mereka sendiri yang menyebutnya kerana banyak sejarah hitam sebelum ini.

• Peristiwa Black Hawk Down pada tahun 1993 di mana ianya adalah sebuah tragedi helikopter Amerika jatuh ditembak. Dalam filem yang dilakonkan semula, Amerika ditonjolkan sebagai hero, ia adalah satu penipuan. Sebahagian tentera Amerika-PBB yang dihantar sebenarnya telah melakukan jenayah perang yang disembunyikan. Bantuan daripada Malaysia ketika itu lebih 100 anggota tentera dari Batalion-19 Rejimen Askar Melayu Diraja dan kereta perisai Condor milik Malaysia langsung tidak digambarkan dalam filem. Filem ini tidak mahu tentera Malaysia dijulang sebagai hero. Al-fatihah kepada hero kita yang terkorban dalam menyelamatkan renjer Amerika yang terperangkap. Ketika peristiwa Black Hawk Down ini telah menggambarkan bahawa masyarakat Somali ialah pengganas, sedangkan penduduk Somaliland sudah pun hidup dalam keadaan aman.

• Kebanyakan penduduk menggunakan sistem bebas tunai seperti e-wallet. Jika diberikan wang secara tunai, mereka akan berasa kekok dalam menguruskannya. Di Malaysia pun ada menggunakannya dan ia meliputi urusan perbankan seperti pindahan wang, pembayaran bil utiliti dll. Perkhidmatan boost dll yg baru diperkenalkan tidak begitu popular lagi disini. Tahukah anda Somaliland adalah satu-satunya negara dengan kadar termurah di dunia untuk membuat panggilan ke Malaysia.

• Setiap orang Somali boleh tahu leluhurnya sehingga kepada keturunan Nabi Muhammad SAW. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah sebahagian daripada leluhur Abu Talib, pakcik baginda. Suku utama dalam leluhur orang Somali ialah Samaal dan Saab. Mereka dikatakan adik beradik yang berasal dari suku yang sama dengan Nabi Muhammad SAW iaitu Bani Hashim. Inilah yang disebut-sebutkan dalam kisah rakyat mereka. Walaupun mereka bangga dengan mengingati susur galur keturunan mereka, jika tidak sampai kepada Bani Hashim pun tidak mengapa sekurangnya mereka masih mampu menyebut keturunannya sehingga lima generasi terdahulu. Bagaimana dengan kita ?

• Masyarakat Somali tidak mempunyai tabiat merokok yang kuat tetapi mereka ada tabiat lain yang memeranjatkan iaitu mengunyah daun Qat. Mulut mereka asyik mengunyah, ada sebahagian yang simpan di tepi pipi, ada pula ditelan dan ada pula dibuang hampasnya. Macam kunyah sirih pula. Daun Qat mempunyai sejarah. Ianya dianggap suci oleh orang Mesir. Manakala ahli tasawuf mengunyahnya untuj kekal berjaga bagi mempelajari al-Quran. Khabarnya jika pengambilannya sedikit dan terkawal ia baik kerana mempunyai kesan perangsang seperti kafein untuk berjaga malam, meningkatkan daya tumpuan dan kepekaan.

Terdapat 34 bab dalam buku. Setakat ini sahaja yang mampu saya huraikan daripada keseluruhan buku ini.


Sue Oshin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.