
Siapa yang tidak bengang bila cermin kereta retak angkara individu yang tidak bertanggungjawab?
Nampaknya kejadian membaling barang dari atas rumah masih lagi berlaku dan mentaliti ini dilihat masih belum berubah.
Begitulah yang terjadi pada seorang wanita ini apabila cermin depan keretanya retak angkara individu yang membuang bungkusan ais dari tingkat atas sebuah pangsapuri.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @nnisa.kaya, secara tiba-tiba bungkusan ais muncul sehingga terkena di hadapan cermin keretanya.
@nnisa.kaya Report polis & report to management telah dibuat. Namum kami amat terkilan dengan cara pihak Pengurusan Residensi ni yang tak nak ambil tahu langsung tentang kes ni. (Harap lepasni kereta dia pulak kena. Baru dia rasa). Yang membaling tu kami doakan semoga mendapat balasan setimpal #fyp #residensikepongmas #masukberanda
Difahamkan, keretanya berada dalam petak parkir dan kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur.
Dalam video tersebut, dia menunjukkan keadaan cermin keretanya yang retak akibat terkena bungkusan ais yang dibaling oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Duduk rumah tinggi tu jagalah attitude. Tukarlah mentaliti! Jangan hanya aniaya orang macam ni! Menyusahkan orang,” tulisnya dalam video.
Menurut wanita itu, dia telah membuat laporan polis dan aduan kepada kepada pihak pengurusan pangsapuri terbabit.
Bagaimanapun, dia amat terkilan dengan cara pihak pengurusan pangsapuri yang bersikap acuh tak acuh dengan kejadian yang dialaminya.
“Management tak ambil kisah. Dia tanya, jadi you nak suruh I buat apa? Sikit effort nak datang tengok keadaan kereta pun tidak” tulisnya di ruangan komen.
Jelasnya, dia mengharapkan pihak pengurusan bertegas dalam isu ini dengan mengeluarkan notis amaran kepada penghuni pangsapuri.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai, rata-ratanya mengecam mereka yang masih bermentaliti ‘setinggan’ walaupun sudah bertukar status duduk di kediaman yang lebih selesa.

Dalam pada itu, netizen juga berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan situasi sebegini.
Haih, masih ada lagi mentaliti macam ni

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


