Menteri Indonesia Tito Karnavian Mohon Maaf, Tiada Niat Remehkan Bantuan Dari Malaysia Untuk Aceh

20 Dec 2025 • 11:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, yang tular baru-baru ini kerana didakwa seolah-olah meremehkan bantuan Malaysia kepada Aceh susulan bencana banjir telah mencetuskan perhatian ramai, termasuklah rakyat Indonesia dan Malaysia sendiri.

Terkini, Tito Karnavian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan tersebut yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai tidak sensitif dan meremehkan sumbangan Malaysia dalam usaha membantu mangsa banjir di Aceh, Indonesia.

image is not available

Menurut laporan Warta Kota, Menteri Dalam Negeri itu menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk mengecilkan erti sokongan dan bantuan yang datang dari negara jiran, Malaysia.

Dia mengatakan kenyataannya itu mungkin telah disalah ertikan oleh orang awam yang melihat video berkenaan.

Jika ada yang salah faham, saya mohon maaf,” ujarnya.

Tito Karnavian turut menjelaskan bahawa dia mempunyai hubungan yang erat dengan Malaysia.

Dia turut menekankan pentingnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia terutamanya dalam bantuan bencana dan kemanusiaan.

Tambahnya lagi, dia sangat menghargai setiap bantuan dan sokongan yang diberikan kepada Indonesia oleh Malaysia.

Sumber: Warta Kota

Sumber: Warta Kota

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.