Menteri Komunikasi : “Facebook Platform Paling Berdosa Pada Rakyat Malaysia”

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 6:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini berkongsi mengatakan, “Kita patut ada satu anugerah, setiap tahun platform mana yang paling banyak buat dosa untuk rakyat Malaysia. Untuk scam (sahaja), Facebook (menyumbang) sebanyak 53% (daripada kandungan yang dilaporkan), diikuti TikTok 39%, dan selepas itu Threads sebanyak 5%.”

Image from: Menteri Komunikasi : “Facebook Platform Paling Berdosa Pada Rakyat Malaysia”

Perkara ini dikongsikan selari perkongsian data berkenaan kandungan yang telah dikenal-pasti untuk diturunkan sejak 1 Januari hingga 17 Ogos 2026 ini, melibatkan lebih 470,593 yang diminta untuk diturunkan kepada platform sosial. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 93% kandungan telah dipersetujui oleh platform sosial untuk diturunkan. Kerugian akibat penipuan atas-talian juga mencecah RM958 juta bagi tempoh enam bulan pertama 2026 ini.

Berkongsi lanjut, 64% daripada kandungan berkenaan melibatkan kandungan perjudian, sementara 27% pula melibatkan kandungan penipuan. Majoriti besar kandungan yang diminta diturunkan ini adalah pada platform Facebook.

Selari dengannya juga, ia ditekankan yang mana platform sosial perlu lebih proaktif dalam membendung kandungan memudaratkan, dan tidak hanya menunggu laporan daripada pihak berkuasa. Sebelum ini sendiri ia telah ditekankan yang mana ia seumpama pihak kerajaan perlu melakukan pemantauan untuk platform sosial, dan bukannya dilakukan platform sendiri secara proaktif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved