Menteri Pendidikan ziarah keluarga murid maut dilanggar van depan sekolah

11 May 2026 • 9:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fadhlina (kiri) ketika menziarahi keluarga murid SK Seri Maimon, Allahyarham Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, yang maut setelah dilanggar sebuah van di hadapan sekolah berkenaan, Selasa lepas. Foto Bernama

BATU PAHAT - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Isnin meluangkan masa menziarahi keluarga murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon yang maut dilanggar sebuah van di hadapan sekolah berkenaan pada 5 Mei lepas.

Fadhlina tiba di rumah keluarga Nur Aini Umairah di Kampung Parit Mustaffa, Parit Sulong di sini pada kira-kira jam 5.30 petang dan menyantuni ibu mangsa Asmilah Tukiran, 37, serta bapanya, Ahmad Fareez Khalid, 39.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit dan turut menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan harian kepada keluarga Nur Aini Umairah.

Insiden pada jam 12.30 tengah hari itu menyaksikan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar van yang bergerak keluar dari dalam kawasan sekolah.

Dalam pada itu, Ahmad Fareez berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri dapat menambah baik prosedur operasi standard keselamatan terutama di sekolah rendah agar tragedi yang menimpa anaknya tidak berulang.

Terdahulu di Johor Bahru, Fadhlina berkata KPM sedang menambah baik Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat agar selari dengan cabaran semasa dan kekal relevan dalam melindungi murid serta warga sekolah. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved