Menyajikan Hidangan Foochow Fusion, Anda Perlu Cuba Penn’s Pantry Di Kuching

14 Sep 2022 • 2:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penn’s Pantry menawarkan makanan fusion yang menarik.

Menyajikan Hidangan Foochow Fusion, Anda Perlu Cuba Penn’s Pantry Di Kuching. Memandangkan restoran baru kini memang banyak bagai cendawan selepas hujan, jadi ramai yang masih mencari dan memilih dimanakah tempat makan terbaik untuk di singgah.

Kali ini kami ingin menyarankan anda sebuah restoran fusion unik yang berada di Kuching ini!

image is not available
Menyajikan Hidangan Foochow Fusion, Anda Perlu Cuba Penn’s Pantry Di Kuching. Kredit gambar: FB Penn’s Pantry

image is not available
Kredit gambar: FB Penn’s Pantry

Menu makanan Foochow Fusion

Menyajikan menu makanan Foochow Fusion, Penn’s Pantry menawarkan pengalaman yang unik buat para pelanggan.

Antara menu menarik yang anda boleh cuba di sini adalah, Foochow mee, mee sua, Angchao kompia, Passionfruit SaltedEgg Fried Chicken, Nasi goreng dabai bersama Tempoyak Angchao, Mac & Cheese dan banyak lagi menu menarik yang lain.

image is not available
Kredit gambar: FB Penn’s Pantry

image is not available
Kredit gambar: FB Penn’s Pantry

Boleh muat sehingga 100 pelanggan

Terletak di Jalan Foochow 1, Poh Min Park, Kuching, restoran ini boleh memuatkan sehingga 100 pelanggan. Menyediakan suasana yang selesa, para pelanggan yang datang juga boleh melihat kolam ikan koi di sini.

Sambil menunggu makanan, anda boleh menikmati keindahan tempat makan ini dahulu. Buat anda yang ingin merasai sedikit kelainan, anda perlu singgah di sini.

Tunggu apa lagi, bawa keluarga atau orang tersayang untuk menikmati makanan di Penn’s Pantry.

Lagi port makan menarik di sini: