Menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, polis terima lima laporan

LocalPolitics
19 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, polis terima lima laporan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Rusdi

KUALA LUMPUR – Polis menerima lima laporan berhubung kes seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor bagi memperdaya orang ramai dalam urusan penjualan tanah dan kereta mewah sehingga menyebabkan kerugian RM670,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini kes berkenaan membabitkan empat mangsa dengan laporan dibuat di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Polis turut menerima laporan daripada pegawai khas istana pada 15 Oktober lalu berhubung kes ini.

“Seorang mangsa mengalami kerugian RM30,000, diikuti mangsa kedua sebanyak RM155,000, mangsa ketiga RM452,000, manakala seorang lagi mangsa kerugian RM33,000,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Terdahulu, Pejabat Sultan Selangor dalam kenyataan menyerahkan isu individu menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor dengan memperdaya orang ramai kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Kata kenyataan itu, Istana Selangor memandang serius terhadap isu berkenaan dan menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan menyeluruh dengan adil dan telus.

Sehubungan itu, Istana Selangor memohon kerjasama orang awam supaya membuat semakan dengan pihak pentadbiran istana berkaitan apa-apa dakwaan yang mengaitkan kedudukan individu terlibat dengan nama istana dalam membuat sebarang urusan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved