Polis buru penyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor

LocalPolitics
19 Oct 2026 • 7:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis buru penyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai pengawal peribadi sulit (ADC) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, bagi memperdaya orang ramai dalam urusan jual beli rumah dan kenderaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pejabat Kawalan Keselamatan Sultan Selangor, Istana Mestika pukul 9.53 pagi pada 15 Oktober lalu berhubung satu hantaran di platform Threads.

“Hantaran itu mendakwa seorang lelaki menggunakan gambar Raja Muda Selangor dengan mengaku sebagai ADC baginda untuk memperdaya orang ramai dalam urusan pembelian rumah dan kenderaan, selain disyaki mengambil wang mangsa.

“Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shazeli turut menasihatkan orang ramai supaya membuat pengesahan melalui saluran rasmi sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pentadbiran Istana Selangor tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kes penyamaran sebagai ADC Tengku Amir Shah.

Pihak Istana Selangor turut memandang serius perkara ini dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, adil dan telus. – KOSMO! ONLINE

The post Polis buru penyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved