“Menyesal kahwin is so real” – Fara Salleh Luah Rasa Kecewa Kahwin Dengan Shuk Sahar?

Entertainment
12 Aug 2024 • 3:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pengacara serta pelawak, Shuk Sahar pernah menjadi sebutan ramai susulan kes rumah tangganya dengan bekas isteri, Rossa Sera.

Selepas beberapa ‘episod’ kedua-dua mereka akhirnya bercerai dan Shuk Sahar mengesahkan dia sudah pun berkahwin dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Pun begitu, terbaru Fara Salleh menerusi laman Threads miliknya seakan memberi bayangan dia menyesal berkahwin dengan pelawak itu.

image is not available

Dalam hantaran itu, Fara berkata perasaan menyesal berkahwin itu sangat betul dan ada netizen yang membalas bukankah ada perebutan untuk memiliki Shuk sebelum ini.

“Saya tak pernah rebut dia awak dan dia bukan ada saya sorang ya, kalau nak tau zaman tu boleh tanya tuan badan sendiri yang claim tu.

Allah saksi saya dan kawan-kawan dia pun tahu benda ni, saya simpan semua perbualan dengan perempuan lain juga,” balas Fara.

Dalam hantaran lain, Fara berkata Shuk itu seorang yang melebihkan kawan-kawan daripada isteri malah Fara juga berkongsi dia sudah banyak kali mengajak suaminya itu untuk pergi kaunseling tetapi tidak berjaya kerana sikap barannya.

Dalam pada itu, di laman Instagram Fara, kelihatan dia sudah memadam gambar mereka berdua namun masih belum ada kenyataan rasmi berkenaan hantarannya itu.

Sumber: Gempak

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.