“Menyusahkan Kitorang” – Wanita Bawa Stroller Bengang, Dakwa Ramai Individu Bujang Guna Lif [Video]

19 May 2025 • 10:57 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan pusat beli-belah mempunyai lif untuk memudahkan pergerakan para pengunjung terutamanya golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Malah, ibu bapa yang membawa kereta sorong (stroller) dan orang yang menggunakan kerusi roda juga tidak mempunyai pilihan selain daripada menggunakan lif.

Pun begitu, sehingga hari ini, masih lagi menjadi pertikaian segelintir golongan ini apabila ada individu-individu bujang yang sihat walafiat menaiki lif sehingga tidak memberi keutamaan kepada mereka.

Influencer bawa stroller luah sukar naik lif kerana dipenuhi orang bujang

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang influencer wanita yang mengalami kesukaran untuk menaiki lif di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur kerana dakwanya sentiasa dipenuhi orang bujang.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @kamaghul, influencer yang dikenali sebagai Ain Mak Rentan itu mengunjungi pusat membeli-belah terbabit bersama suami dan anak-anaknya yang masih kecil.

Difahamkan, dia bersama suaminya yang membeli-belah di sana memilih untuk menaiki lif kerana turut membawa stroller.

Minta individu bujang naik escalator, jangan susahkan ibu bapa bawa stroller

Susulan itu, Ain meminta individu-individu bujang yang sihat untuk menaiki escalator agar tidak menyusahkan golongan-golongan sepertinya yang harus menunggu lama untuk menaiki lif.

“Ini yang aku marah ni, kau sihat-sihat naik lah escalator, yang kau sibuk nak naik lif juga dah kenapa, menyusahkan kitorang yang ada anak ni,” katanya.

Dalam video sama, Ain turut menunjukkan pelekat peringatan mengenai keutamaan lif oleh pihak pengurusan pusat membeli-belah itu yang ditampal bersebelahan pintu lif.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang setuju dan ada yang kecam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh Ain.

Kebanyakan mereka turut mengecam tindakan individu bujang yang sihat menaiki lif seolah-olah mementingkan diri dan tidak menghiraukan golongan yang sepatutnya diberi keutamaan.

Pun begitu, ada pula yang memberi kecaman kerana tidak berpuas hati dengan teguran wanita terbabit.

“Keutamaan bukan khas”

image is not available

“Tak salah untuk kita yang muda dan takda anak untuk tak naik lif”

image is not available

“Tengok reply komen ramai rupanya yang masih bocah pemikiran”

image is not available

image is not available

image is not available