
Sejak kecil kita diajar bila nampak je lampu merah kena berhenti. Perjalanan tidak boleh diteruskan kerana perlu memberi keutamaan kepada kenderaan lain.
Bukan setakat undang-undang trafik, tapi di mana-mana pun, tulisan merah selalu dianggap seperti amaran dan memberi peringatan yang besar.
AdvertisementSebab itulah, warna merah kekal dikaitkan dengan amaran untuk tidak meneruskan apa-apa yang dilakukan kerana mungkin boleh merisikokan diri.
Undang-undang tidak bertulis ini dipercayai secara turun-temurun menjadikan merah sebagai amaran serta untuk perlahan-lahan berhenti.
Namun, warna ini sebenarnya lebih daripada sekadar amaran, di mana ia juga boleh membawa maksud yang lebih positif dalam kehidupan kita. Jom tonton video ini sampai habis untuk kita ubah persepsi terhadap warna merah ini.
CIMB Moving You Forward: Merah Tanda Terus Ke Depan
Jauh berbeza dengan pandangan tradisional terhadap warna merah. CIMB membawakan perbezaan ketara dengan CIMB Moving You Forward.
Dengan merah, bukan lagi bermaksud berhenti, tetapi lebih maju ke depan dengan pelbagai kemungkinan dan kelebihan.
Gerakan “Moving You Forward” mencerminkan komitmen CIMB dalam menyediakan akses dan peluang kepada pelanggan agar mereka dapat melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dalam mencapai matlamat masing-masing.
Macam yang kita dapat lihat di dalam video tadi, walaupun ramai orang mengharungi cabaran, namun mereka yang berpakaian berwarna merah mewakili CIMB sentiasa ada untuk mereka.
Ini adalah berdasarkan kepercayaan CIMB bahawa kemajuan adalah sesuatu yang amat peribadi, dan nilai sebenar perbankan terletak pada perkara yang dapat direalisasikan melaluinya.
Merah yang menjadi warna kebanggaan dan warna rasmi CIMB ini jelas ingin menyampaikan kepada kita yang mereka akan sentiasa ada bersama untuk mara ke hadapan.
Lawati laman rasmi CIMB, dan jangan ketinggalan untuk ikuti media sosial CIMB di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.
The post Merah Selalunya Amaran, Tapi Pernah Tak Kita Fikir Ia Boleh Bawa Maksud Berbeza? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






