Merangkak Seperti Askar Tengah Jalan, Budak Tanpa Kerakyatan Tunjuk Aksi Berbahaya Di Tawau

12 May 2023 • 11:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sekumpulan kanak-kanak dipercayai warga asing membuat aksi berbahaya di sebuah persimpangan lampu isyarat

Merangkak Seperti Askar Tengah Jalan, Budak Tanpa Kerakyatan Tunjuk Aksi Berbahaya Di Tawau. Sebuah perkongsian video telah menarik perhatian orang ramai mengenai tindakan berani mati sekumpulan kanak-kanak melakukan aksi tidak selamat di jalan raya di Tawau, Sabah.

Menerusi video tular yang dikongsikan oleh seorang individu di laman Facebook itu, memaparkan beberapa kanak-kanak lelaki merangkak di tengah-tengah jalan raya.

image is not available
Sumber: Facebook

“Mantap kamu staring (hebat). Percaya aku. Masa isyarat lampu hijau kau boleh baring santai di sana.

“Melihat pada keadaan ini, kepada siapa kita patut mengadu?,” tulis individu tersebut di laman Facebooknya.

“Membahayakan nyawa sendiri, dan juga orang lain. Pesanan pada pengguna jalan raya lain, sentiasa berhati-hati,” ujarnya sambil memberi pesanan kepada orang ramai.

Menurut sumber, dipercayai kejadian itu berlaku berhampiran persimpangan isyarat trafik Takada Tawau.

image is not available
Sumber: Facebook

Aksi bahaya dilakukan ketika isyarat lampu hijau

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, sekumpulan kanak-kanak melakukan perbuatan berbahaya itu semasa isyarat lampu hijau, sekali gus aksi tersebut boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook melaporkan membuat perkongsian mempunyai pengalaman yang sama ketika melalui kawasan tersebut.

“Ini yang suami saya ceritakan tadi, mereka berbaring di tengah-tengah jalan buat aksi merangkak macam askar,” katanya.

“Sudahlah suami memandu treler, takut juga terlanggar. Suami memberikan hon panjang dan tambah geram lagi mereka boleh pula bagi isyarat lucah.

Ada yang mendakwa kanak-kanak tersebut tidak mempunyai kerakyatan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberi pendapat berbeza selepas melihat video berkenaan.

Namun, ada yang mendakwa bahawa kanak-kanak itu merupakan kanak-kanak tanpa kerakyatan. Dalam pada itu, ada juga yang membuat kenyataan sinis mengenai situasi tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

“Anak-anak tiada IC (kad pengenalan) yang banyak disitu. Minta sedekah sejak dulu lagi, sudah dihalau tetapi masih lagi berkumpul di sana. Nak marah pun kasihan kadang-kadang,” ujar salah seorang pengguna Facebook.

“Sudah boleh hantar pergi ke kem askar semua budak-budak itu. Nak sangat merangkak atas jalan raya macam askar,” kata seorang lagi pengguna Facebook dengan sinis.

Baca juga artikel yang berkaitan: