
Sejak tahun lepas, isu kahwin dua yang terpalit dengan pempengaruh media sosial Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijannah menjadi bualan ramai.
Ramai netizen yang menganggap ianya hanyalah satu bentuk marketing untuk menarik perhatian bagi memajukan perniagaan milik mereka namun Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani menolak dakwaan tersebut.
Artikel berkaitan: “Biarlah Aisyah uruskan, Fatin ada rezeki dia” – Alif Teega Jawab Isu Pembahagian Harta Kedua Isteri
Artikel berkaitan: Alif Teega Bakal Lancar Lagu Dengan Aisyah Hijanah, Tapi Netizen Kata “Kalau istimewa kenapa menduakan?”
Menerusi mStar, Alif berkata dia tidak memuat naik gambar isteri keduanya iaitu Fatin Umaidah bagi menghormati privasi serta menjaga hati Aisyah Hijannah.
“Kita tahu kalau ‘post’ gambar tersebut akan datangkan memudaratkan yang lebih besar dan akan tahu keadaan akan berlaku selepas ini serta kesannya terutamanya buat Aisyah akan terasa hati.
Mungkin nampak Aisyah macam tenang saja macam menerima tapi dia berperang dengan perasaan sendiri, perempuan akan rasa sakit sebab tu bila ada yang cakap marketing, dia akan curiga la sebab sakit perkara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Alif turut menambah kedua-dua isterinya itu sudah beberapa kali berjumpa untuk membincangkan perkara ini serta mencapai kata persetujuan dalam rumah tangga mereka.
Pempengaruh itu juga tidak menolak sebarang kemungkinan lain dan hanya berserah kepada Yang Maha Esa.
Sumber: mStar
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

