“Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.”
Keindahan bahasa Melayu sememangnya sukar dipertikaikan. Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi, malah merupakan wadah yang menyatukan pelbagai kaum, menyimpan khazanah budaya, dan mencerminkan jiwa bangsa.
Susunan ayat yang tersusun dan penuh dramatis bukan sahaja membuatkan rakyat Malaysia tertawan, malah turut menarik minat masyarakat luar negara.
Menerusi satu perkongsian video oleh wartawan China yang dikenali sebagai Latifah Huang, rata-rata individu yang ditemu bual, termasuk pensyarah dari luar negara, dilihat sangat fasih berbahasa Melayu.
Bahasa Melayu Mendunia✨ Wawancara prof bahasa Melayu dari China , Jepun dan Thailand #fyp #foryou #viral #interview #bahasamelayu #fyppppppppppppppppppppppp
Hiroki Nomoto, tenaga pengajar di Universiti Bahasa Asing Tokyo, Jepun, mengajar bahasa Melayu dan linguistik. Menurutnya, jumlah pelajarnya kini mencecah 50 orang.
“Kami menawarkan kelas tatabahasa, bacaan, percakapan, perbualan dan ungkapan serta tulisan Jawi,” katanya.
Selain beliau, seorang lagi pensyarah, Saidadul, dari Xi’an International Studies University turut mengajar kursus yang hampir sama, tetapi dengan tambahan subjek teori kajian wilayah.
Profesor Madya Chaiwat Maeesanthan pula merupakan pensyarah di Fakulti Sastera, Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand.
Manakala Profesor Dr Shao Ying dari Beijing Foreign Studies University mengajar di Jabatan Bahasa Melayu universiti tersebut.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen memuji kelancaran bahasa Melayu yang dituturkan oleh para pensyarah terbabit, sekaligus menunjukkan betapa bahasa ini mendapat tempat dan pengiktirafan di persada antarabangsa.
The post ‘Mereka lagi jaga bahasa kita dari kita’, pensyarah luar negara dipuji, fasih berbahasa Melayu appeared first on The Reporter.

![Siap Mengajar Lagi! Pensyarah Di Luar Negara Fasih Berbahasa Melayu Seperti Orang Malaysia Buat Ramai Teruja [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)

