Siap Mengajar Lagi! Pensyarah Di Luar Negara Fasih Berbahasa Melayu Seperti Orang Malaysia Buat Ramai Teruja [Video]

26 May 2025 • 12:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui bahasa merupakan medium komunikasi setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian dan berinteraksi dengan orang lain.

Bagi rakyat Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang sering digunakan dalam aktiviti seharian termasuklah urusan rasmi.

Menariknya, bahasa ibunda ini bukan sahaja digunakan oleh rakyat Malaysia sendiri malah turut dikuasai oleh masyarakat luar negara antaranya di Rusia dan Jepun.

Lebih mengujakan, ada yang begitu fasih hingga kadangkala dilihat sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Pensyarah Warga Asing Fasih Berbahasa Melayu & Ajar Bahasa Tempatan

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian temubual seorang wartawan yang fasih berbahasa Melayu dari negara China dengan beberapa orang pensyarah luar negara yang lain.

Menerusi video temubual yang dikongsikan di TikTok @latifahhuang, wanita berkenaan telah menemu ramah tiga orang pensyarah dari Jepun, China dan Thailand.

Apa yang menjadi perhatian adalah kesemua mereka yang masing-masing bergelar profesor itu dilihat fasih dan lancar menggunakan bahasa Melayu ketika sesi temubual berkenaan.

Lebih mengujakan, mereka bukan hanya sekadar pandai menggunakan bahasa rasmi Malaysia malah turut mengajar bahasa Melayu di universiti masing-masing iaitu di Tokyo University Foreign Studies (TUFS), Xi’an International Studies University, Thammasat University Bangkok, Thailand dan Beijing Foreign Studies University.

Antara perkara yang diajarkan adalah dari aspek tatabahasa, bacaan, percakapan, pendengaran, penterjemahan malah pembelajaran tulisan Jawi.

Difahamkan, setiap daripada mereka mempunyai anggaran 30 sehingga 60 orang pelajar dari peringkat Sarjana Muda dan Sarjana.

Kebanyakan Pelajar Kerja Dengan Syarikat Yang Melabur Di Malaysia

Tidak hanya itu, mereka mendedahkan ada di antara pelajar mereka yang fasih berbahasa Melayu memilih kerjaya di kementerian atau kedutaan.

Malah, ada juga pelajar yang memilih syarikat yang membuat pelaburan di Malaysia dan Indonesia seperti BYD, Huawei, Xiaomi, Hikvision dan Bytedance (TikTok).

@latifahhuang

Bahasa Melayu Mendunia✨ Wawancara prof bahasa Melayu dari China🇨🇳, Jepun🇯🇵 dan Thailand🇹🇭 #fyp #foryou #viral #interview #bahasamelayu #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Latifah Huang

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Teruja Lihat Kefasihan Pensyarah Guna Bahasa Melayu

Perkongsian yang telah mendapat lebih 266,000 tontonan dan dikongsikan di X nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja dan bangga apabila melihat kesemua pensyarah itu fasih menggunakan bahasa Melayu.

Malah, ada yang mengagumi universiti dan pensyarah dari Jepun yang turut mengajar pelajar tulisan Jawi.

Tidak kurang ada juga yang turut membuat perbandingan penggunaan bahasa Melayu oleh pensyarah berkenaan dengan segelintir rakyat Malaysia yang kurang fasih berbahasa Melayu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Wow Terbaik Semua Pensyarah Dari Jepun, Thailand, China Untuk Jabatan & Course Bahasa Melayu Ni, Bukan Biasa-Biasa”

image is not available

“Bangganya Bahasa Melayu Serta Tulisan Jawi Diterima & Dikuasai Bangsa Lain”

image is not available

“Hebat Bahasa Melayu Mereka. Yang Lahir Dekat Malaysia Pun Tak Reti Nak Cakap Bahasa Melayu”

image is not available

“Mantap! Yang Luar Negara Lagi Fasih Bahasa Melayu, Siap Tahu Tulisan Jawi Lagi, Hebat Weh”

image is not available

“Lagi Bagus Bahasa Melayu Diorang Dari Orang Tempatan Sendiri”

image is not available

“Hebatnya! Saya Sebagai Orang Melayu Rasa Bangga Sangat, Bahasa Melayu Penuh Dengan Tatabahasa Yang Betul”

image is not available

Source: