“Mereka Pandang..” – Beri Banyak Petanda, V BTS & Jennie BLACKPINK Dilapor Kembali Bercinta?

Music
17 Mar 2024 • 12:21 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

V BTS dan Jennie BLACKPINK dikatakan telah kembali bercinta.

Pada 16 Mac, V BTS telah menukar gambar profilnya di Instagram kepada satu gambar yang bertemakan hitam dan putih.

Di mana, gambar tersebut telah menimbulkan kekecohan selepas peminat mendapati bahawa ianya sama seperti gambar yang digunakan oleh Jennie BLACKPINK.

Malah, jika gambar itu diletakkan bersebelahan, jambatan di belakang gambar tersebut kelihatan seperti bersambung, sekaligus membuatkan mereka seakan-akan sedang memandang satu sama lain.

Meskipun media Korea melaporkan bahawa kedua-dua mereka telah berpisah sebelum V menjalani latihan ketenteraan, peminat sering menemui petanda bahawa kedua-dua mereka masih atau sudah kembali bersama.

Selain itu, terdapat juga segelintir peminat yang merasakan bahawa lirik lagu terbaru V BTS iaitu “FRI(END)S” telah ditujukan kepada Jennie.

image is not available

Bukan itu sahaja, peminat juga turut menyatakan bahawa hantaran terkini ahli BLACKPINK itu di Perancis baru-baru ini telah mengingatkan mereka kepada V.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.