
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Aktitviti riadah atau bersukan sememangnya menjadi kegemaran ramai tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
Lihat sahajalah pada waktu petang, ada sahaja individu yang mengambil kesempatan untuk berjoging atau melakukan senaman.
Malah, ada yang memilih untuk bersukan contohnya seperti bermain bola bersama rakan di padang.
Kadangkala penggunaan kawasan seperti padang sering menjadi rebutan lebih-lebih lagi jika kawasan adalah terhad hingga boleh mencetuskan pertengkaran segelintir individu.
Lelaki Persoal Warga Asing Main Bola Di Padang, Dakwa Kononnya Mereka Letak Syarat
Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki yang bertekak dengan warga asing mengenai penggunaan padang di sebuah kawasan perumahan.
Menerusi video tular yang dikongsikan di Threads, lelaki berkenaan mempersoal tindakan warga asing itu yang menggunakan kemudahan padang tersebut dipercayai untuk bermain bola sepak.
Melalui perkongsian berkenaan, dia mempersoalkan tindakan warga asing yang menggunakan padang berkenaan yang menurutnya akan menyebabkan penduduk tempatan tidak bermain di situ.
“Ini tempat Malaysia kau faham tak? Kalau kau dah ramai main dekat sini, orang tengok dah ada orang, orang datang ke? Ini Malaysia la, perlukan syarat ke?” katanya.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan syarat yang dimaksudkan oleh lelaki berkenaan.
Warga Asing Dakwa Akan Keluar Padang Jika Ada Yang Mahu Bermain
Warga asing itu kemudiannya membidas kenyataan lelaki terbabit. Jelasnya, dia dan rakannya akan keluar dari padang jika ada penduduk yang mahu menggunakan kawasan berkenaan.
“Saya cakap, kalau orang datang, kita akan keluar (padang). Memang diorang datang, kita keluar,” katanya.
Malah, warga asing itu turut menegaskan, mereka tidak meletakkan syarat seperti yang didakwa oleh lelaki terbabit mengenai penggunaan padang.
“Ada yang datang, kita memang keluar. Tiada syarat, kita memang keluar,” katanya.
Namun, lelaki itu yang dipercayai penduduk setempat sekali lagi dilihat mempersoal malah kedengaran berang dengan warga asing berkenaan.
“Nilai sendiri diorang letak syarat, apa jadi dekat Malaysia,” tulisnya pada video berkenaan.
Walau bagaimanapun, tiada info lanjut mengenai bila dan di mana kejadian itu berlaku. Malah, hasil semakan kami mendapati lelaki tersebut telahpun menukar tetapan akaun TikTok miliknya dari public menjadi private.
View on Threads
Ramai Luah Rasa Geram, Persoal Tindakan Lelaki Marah Warga Asing Guna Padang
Perkongsian yang telah mendapat lebih 75,000 tontonan dan turut dikongsikan di TikTok itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan balasan, ramai meluahkan rasa geram dan berang dengan kenyataan lelaki terbabit.
Mereka berpendapat padang adalah kemudahan awam yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Apatah lagi, warga asing berkenaan mendakwa dia dan rakannya akan keluar dari padang tersebut jika ada yang mahu menggunakan kemudahan itu.
Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsi pengalaman sendiri sama-sama menggunakan kemudahan padang dengan warga asing yang lain.
Namun, ada segelintir yang menyokong tindakan lelaki terbabit yang dilihat tegas dalam mempertahankan hak penduduk setempat.
Ini antara komen pengguna media sosial:
“Sejak Bila Orang Luar Tak Boleh Main Dekat Padang Awam? Itu Undang-Undang Malaysia Ke?”

“Jangan Macam Tu Bang, Padang Tempat Orang Beriadah & Bersukan, Main La Sama-Sama, Benda Boleh Bincang”

“Jangan Bagi Muka, Macam Padang Dekat Cheras, Mula-Mula Lepak Je, Lama-Lama Diorang Conquer”

“Dekat Kawasan Rumah Aku Diorang Je Conquer, Bukan Masalah Tak Bagi Tapi Kesedaran Sivik Diorang Kurang”

“Bayangkan Orang Malaysia Pergi Negara Lain & Dilayan Macam Ini? Cuba Ada Rasa Empati Sikit”

“Janganlah Marah, Diorang Bukan Buat Jahat, Main Je Pun”

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Pekerja Restoran Makanan Segera Di Bukit Bintang Bergaduh Dengan Lelaki Warga Asing
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Mengamuk Pegang Pisau Di Kajang Warga Asing, Kini Ditahan Reman – Polis



