Tular Video Pelajar Sekolah ‘Bermesraan’ Di Padang Awam Melaka, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Siasat

29 Oct 2025 • 3:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Tular satu rakaman video di media sosial berdurasi 15 saat yang memaparkan aksi kurang sopan melibatkan pelajar lelaki dan perempuan sekolah menengah di kawasan terbuka.

Menurut laporan Malaysia Gazette, menerusi rakaman video itu, kelihatan pelajar lelaki berseluar putih sedang berbaring di atas padang awam yang dipercayai di Dataran Pahlawan, Melaka.

Pelajar perempuan yang turut berpakaian sekolah dilihat menunduk sambil berbual dengan remaja berkenaan.

Menurut sumber, tidak dapat dipastikan masa dan tarikh sebenar kejadian berkenaan dirakamkan.

image is not available

Sudut rakaman video itu bagaimanapun menampakkan situasi seolah-olah dua pelajar berkenaan melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Rata-rata netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian terbabit dan mengambil tindakan terhadap dua pelajar sekolah berkenaan kerana selamba berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Walaupun perbuatan pelajar berkenaan jelas mencetuskan rasa kurang senang, segelintir netizen menegur budaya merakam dan menularkan kes sedemikian tanpa mempertimbangkan kesan kepada pelajar.

Sepatutnya, perkara itu terus diadukan kepada pihak sekolah pelajar berkenaan, agar tindakan disiplin dapat diambil mengikut prosedur.

Sumber: Malaysia Gazette

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved