“Mereka terkhilaf” – PU Rahmat Tawar Bantuan Peguam Pro Bono Kepada Suspek Tertikam Adik

21 Oct 2022 • 10:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular diperkatakan sejak Rabu lepas mengenai kes melibatkan seorang kakak berusia 18 tahun telah tertikam adiknya yang berusia 16 tahun hingga menyebabkan kematian disebabkan satu pertelingkahan.

Kes ini telah mendapat perhatian ramai dan para netizen sangat terkesan dengan tragedi yang menimpa adik beradik ini.

image is not available

PU Rahmat tawar bantuan peguam percuma

Simpati dengan nasib yang menimpa remaja perempuan yang didakwa telah menikam adiknya sendiri, pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat ingin menghulurkan bantuan buat suspek.

Menerusi perkongsian Facebooknya semalam, dia menjelaskan bahawa tragedi yang menimpa adik beradik berkenaan sangat menyedihkan dan Islam sememangnya melarang kita bergurau menggunakan benda tajam.

image is not available

Kita tahu sememangnya ada larangan Nabi Sallahu alaihi wassalam melarang bergurau menggunakan pisau atau pedang. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dari usia kecil.

“Kami mendapat khabar adik beradik ini sebenarnya berasal daripada keluarga susah dan mempunyai akhlak yang baik.

“Hanya mereka terkhilaf dan tugas kami sebagai orang dewasa dan berkemampuan membantu adik ini agar dapat mempunyai masa depan yang lebih baik,” tulisnya.

Oleh itu, beliau bersama seorang peguam bernama Firdaus ingin menawarkan bantuan peguam secara percuma atau pro bono kepada suspek dan keluarganya.

Dia juga berharap keluarga atau rakan terdekat mangsa boleh menghubunginya berkaitan hal tersebut.

Posting berkenaan telah menerima pelbagai komen positif dan berharap PU Rahmat serta rakan peguamnya mampu membantu suspek dan keluarganya dalam keadaan sukar ini.

Semoga urusan PU dan peguam ini dipermudahkan. Kesian dengan keluarga mangsa ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.