Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu apabila kelab peminat iaitu Siti Zoners membanjiri Bukit Bintang, di sini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-46, semalam.
Difahamkan, Siti Zoners telah menghadiahkan enam video ucapan ulang tahun kelahiran yang berbeza di sebuah papan digital bagi meraikan hari jadi penyanyi asal Temerloh itu.
Lebih mengamatkan suasana, pelatun lagu Cindai itu turut hadir memeriahkan lagi suasana dan turun padang bertemu peminat, sekali gus meraikan hari istimewanya.



Siti Nurhaliza terharu, syukur
Dalam pada itu, Siti juga turut membuat satu hantaran penghargaan ucapan terima kasih kepada peminatnya sempena meraikan ulang tahun kelahirannya.
“Hadiah istimewa Sitizoners di hari lahir saya.
“Terima kasih sekali lagi untuk enam versi video yang berbeza yang ditayangkan berulang kali dari 9.30 malam sehingga 11.30 malam. Saya sayangkan anda semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@toktitiktok 11 Januari 2025, hadiah istimewa Sitizoners di hari lahir saya. Terima kasih sekali lagi untuk 6 versi video yang berbeza yang ditayangkan berulang kali dari 9.30 malam sehingga 11.30 malam. Saya sayangkan anda semua!
♬ Sejarah - Dato" Sri Siti Nurhaliza
Sebelum ini, Siti Zoners pernah membuat kejutan buat Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan membeli slot iklan papan iklan digital di Bukit Bintang selepas mendapat Anugerah Biduan Negara 2024.
Sumber: TikTok toktitiktok


