Meriahkan Suasana, PM, Isteri Hadir KEPCI Music Fest

LocalFood
27 Aug 2023 • 8:16 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perdana Menteri (tengah) yang segak berkot dan berkemeja hitam disambut meriah di KEPCI Music Fest - gambar BERNAMA

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memeriahkan  KEPCI Music Fest yang diadakan di Stadium Malawati, di sini malam tadi bersempena sambutan jubli emas restoran makanan segera, KFC di Malaysia. 

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira 9.05 malam ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut meriah oleh sekitar 8,200 hadirin di festival itu. 

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brand) Tan Sri Jamaludin Ibrahim serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brand Nehchal Khanna. 

Festival yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC itu menampilkan persembahan muzik dari barisan artis penyanyi baharu dan legenda tempatan. 

Antara penyanyi yang hadir menghiburkan hadirin pada konsert yang berlangsung selama hampr tiga jam itu adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Datuk Amy Search, Bunga serta kumpulan Insomniacks dan COEX. 

Restoran pertama KFC di buka pada 1973 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan sehingga kini mempunyai 770 cawangan di seluruh negara.

Kumpulan QSR Brands adalah pemilik francais KFC dan Pizza Hut di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved