Merisaukan! 76 Peratus Rakyat Terengganu Obesiti

19 May 2025 • 8:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebanyak 76 peratus atau 988,000 orang daripada 1.3 juta rakyat Terengganu mengalami lebih berat badan dan obesiti.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong berkata, jumlah itu didapati meningkat 15.2 peratus berbanding 60.8 peratus pada 2011.

Beliau berkata, lebih membimbangkan apabila satu daripada tiga remaja di negeri ini dikesan mengalami masalah berat badan akibat amalan pemakanan serta gaya hidup tidak sihat.

"Situasi ini merisaukan pihak kesihatan kerana ia boleh meningkatkan lagi risiko dan kadar penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, jantung, buah pinggang dan darah tinggi yang sudah sedia tinggi.

"Dalam kalangan remaja, gaya hidup hari ini yang sentiasa melekat dengan gajet dan pelbagai pilihan makanan tidak sihat menyebabkan semakin ramai mengalami masalah berat badan," katanya pada Program ‘Fun Run’ Sempena Kempen Kesedaran Obesiti 2025 Agenda Negeri Terengganu Sihat di Dataran Batu Buruk pada Sabtu.

Sehubungan itu, Dr Kasemani berkata, pihak JKNT sedang memperhebatkan penganjuran program kesedaran termasuk Kempen ‘War On Sugar’ bagi mengingatkan orang ramai tentang bahaya gula tersembunyi dalam makanan dan minuman ringan.

Beliau berkata, amalan minum air kosong dan penyediaan makanan secara sihat di rumah adalah antara langkah yang boleh diambil bagi mengelak pengambilan gula tambahan.

Sumber: Bernama
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved