Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

13 May 2024 • 8:38 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sekumpulan anak muda berhenti di sebuah stesen minyak dan memasak sambil menjamu selera beramai-ramai. - Gambar TikTok

Ada-ada saja aktiviti golongan muda masa sekarang yang ada kalanya tidak boleh diterima akal.

Baru-baru ini tular video sekumpulan anak muda berkereta berhenti di stesen minyak dan membuat "rumah terbuka". 

Mereka bergelak ketawa, memasak dan menjamu selera tanpa memikiran keselamatan diri dan orang lain sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. - Getaran, 13 Mei 2024

@getaranmy Terpaling healing, terpaling main masak-masak, tapi kalau terjadi apa-apa, siapa yang akan tanggung nanti tu? #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran