Mesir Kini Diisytiharkan Bebas Malaria

WorldTechnologyDigitalSpace
21 Oct 2024 • 3:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Demam malaria meragut lebih 600,000 nyawa setiap tahun dengan majoriti kematian berlaku di benua Afrika. Minggu ini Mesir menjadi sebuah lagi negara yang diisytiharkan oleh WHO bebas daripada demam malaria. Ini adalah kejayaan besar buat Mesir yang telah menentang penyakit membawa maut ini sejak 100 tahun yang lalu.

Epidemik Malaria sudah dilaporkan di Mesir sejak ribuan tahun dengan Raja Tutankhamun adalah antara mangsa penyakit ini. Sesebuah negara dikategorikan bebas daripada Malaria sekiranya tiada jangkitan dilaporkan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

image is not available

Selain Mesir, Cabo Verde ialah sebuah lagi negara yang berjaya mencapai status bebas malaria tahun ini. Secara keseluruhan terdapat 44 negara dan satu wilayah bebas malaria di seluruh dunia. Di rantau Asia Tenggara, hanya Brunei dan Singapura sahaja termasuk dalam senarai ini.

Sementara di Malaysia tiada kematian disebabkan olehnya dilaporkan sejak 2017 tetapi kes meningkat pada tahun 2023 dengan kes tertinggi dilaporkan di Sabah diikuti oleh Kelantan. Antara faktor penyumbang kepada peningkatan ini ialah perubahan iklim.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved