Mesra Berpegangan Tangan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Temui Cinta Di Jakarta?

15 Nov 2024 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama pempengaruh Ameera Khan kembali menjadi perbualan hangat di media sosial selepas tular video manis nya bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol.

Gambar mirror selfie

Terbaharu, seorang wanita yang dipercayai kenalan Ameera yang dikenali sebagai Siena Inocberia Handani tampil memuatnaik foto memaparkan momen mesra Jefri dan Ameera di hadapan cermin lif. 

Malah, apa yang mencuri perhatian apabila adik kepada selebriti Neelofa itu kelihatan mesra dan berpegangan tangan bersama Jefri Nichol.


Terdahulu, Ameera Khan dan Jefri didakwa pernah menyulam cinta namun hubungan percintaan mereka dikhabarkan terputus di tengah jalan sekitar Oktober 2021 setelah Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di laman IG.

Namun pada penghujung Mac tahun lalu, pasangan ini kembali menjadi perhatian apabila Ameera menerima panggilan video dari Jefri ketika berada di dalam kereta sekali gus menguatkan lagi dakwaan cinta mereka kembali bertaut.
 

 

 

Imbas kembali, tular satu rakaman video sesi siaran langsung Ameera memaklumkan dirinya lebih tertarik dengan lelaki Indonesia kerana menganggap mereka lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.

Lebih mencuri perhatian apabila Jefri difahamkan turut menonton dan meninggalkan komen sewaktu sesi siaran langsung tersebut berlangsung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved