Mesyuarat disiplin PN bincang tindakan Bersatu

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 4:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mesyuarat disiplin PN bincang tindakan Bersatu

KUALA TERENGGANU: Beberapa tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ahli gabungan Perikatan Nasional (PN) akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa disiplinnya dalam masa terdekat.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, antara yang bakal dibincangkan adalah tindakan Bersatu bertanding menggunakan logo sendiri  dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan mengumumkan membentuk sebuah gabungan baharu.

“Jawatankuasa disiplin akan membincangkan perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kedudukan Bersatu dalam gabungan itu belum berubah walaupun timbul dakwaan keanggotaan parti berkenaan gugur susulan hasrat mahu membentuk gabungan politik baharu.

Sebelum ini,  Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa keanggotaan Bersatu dalam PN gugur secara automatik susulan pengumuman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai hasrat membentuk gabungan politik baharu. – UTUSAN

The post Mesyuarat disiplin PN bincang tindakan Bersatu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved