Mesyuarat MKT UMNO Tangguh – Ab Rauf

Politics
20 Nov 2022 • 5:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan pada 3 petang ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

“Tangguh sebab ada ramai yang tak boleh sampai, nanti kita bagi tahu,” katanya kepada pemberita sebelum beredar meninggalkan Menara Dato Onn, ibu pejabat parti itu.

Terdahulu, media melaporkan MKT akan bermesyuarat petang ini susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan BN hanya memperoleh 30 kerusi dari 220 Parlimen yang dipertandingkan.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA TV