Mesyuarat sulung JSCMC perkukuh kerjasama Malaysia-Singapura

LocalBusiness & Finance
3 Nov 2026 • 3:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mesyuarat sulung JSCMC perkukuh kerjasama Malaysia-Singapura

PETALING JAYA – Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerjasama Menteri Johor-Singapura (JSCMC) di Singapura semalam menandakan fasa baharu dalam kerjasama dua hala kedua-dua negara, khususnya bagi memperkukuh pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Ia dipengerusikan bersama oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Chee Hong Tat.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara dan Pengangkutan Singapura, Sun Xueling.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama selepas mesyuarat berkenaan, peralihan daripada Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) kepada JSCMC mencerminkan skop kerjasama yang semakin luas antara kedua-dua negara.

“JSCMC akan berperanan sebagai platform peringkat menteri yang diperkukuh untuk menyediakan hala tuju strategik, memperkukuh penyelarasan dua hala dan memantau pelaksanaan inisiatif keutamaan di bawah JS-SEZ,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, JS-SEZ merekodkan pelaburan diluluskan bernilai RM88.83 bilion bagi tempoh Januari 2025 hingga Jun 2026 di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), dengan RM40.3 bilion atau kira-kira 45 peratus daripadanya sudah direalisasikan.

Pelaburan itu dikaitkan dengan potensi pewujudan 28,755 peluang pekerjaan, termasuk 12,796 pekerjaan menerusi projek yang sudah dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

 

The post Mesyuarat sulung JSCMC perkukuh kerjasama Malaysia-Singapura appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved