Met Malaysia Keluarkan Amaran Musim Tengkujuh Dijangka Bermula Lebih Awal, 7 Nov Hingga Mac 2023

4 Nov 2022 • 10:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malaysia nampaknya bakal mengalami Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh lebih awal dari yang dijangkakan iaitu pada Isnin ini (7 November) dan berterusan hingga Mac 2023.

Menurut FMT, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kenyataan semalam memaklumkan bahawa sepanjang tempoh tersebut, 4 hingga 6 episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi akan berlaku.

image is not available

Seperti musim-musim yang lalu, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat,” lapor kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, MetMalaysia juga menjangkakan kejadian air pasang besar berlaku pada tarikh-tarikh berikut:

  • 6-11 & 22-27 November 2022
  • 7-12 & 22-26 Disember 2022
  • 6-10 & 21-25 Januari 2023

Semasa MTL pula, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk bersiap sedia dan peka dengan maklumat terkini mengenai amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi mereka dan saluran media sosial.

Hati-hati semua ye! Semoga tak adalah bencana buruk menimpa, tambahan pula nak PRU ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.