Pengasas Manus Dihalang Keluar Daripada China Bagi Menyiasat Pembelian Oleh Meta

WorldTechnology
25 Mar 2026 • 10:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

China menghalang dua pengasas Manus iaitu CEO Xiao Hong dan ketua saintis Ji Yichao daripada meninggalkan negara sementara siasatan terhadap pengambilalihan syarikat itu oleh Meta dijalankan.

Meta mengambil alih Manus yang membangunkan ejen kecerdasan buatan (AI) dengan ia berkemampuan menjadi pekerja digital untuk tugasan penyelidikan dan melakukan automasi. Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NRDC) memanggil kedua-dua pengasas untuk pertemuan di Beijing sebelum mengenakan larangan perjalanan ke luar negara.

image is not available

Manus sedang mendapatkan bantuan undang-undang dan perundingan untuk menyelesaikan isu ini sementara Meta menegaskan bahawa transaksi bernilai $2 bilion mematuhi undang-undang.

Walaupun kini berpangkalan di Singapura, pada asalnya Manus ditubuhkan di China dengan pejabat terletak di Wuhan serta Beijing. Siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa China pada Januari lalu bagi memastikan pembelian adalah sah kerana undang-undang China tidak membenarkan model AI ciptaan syarikat tempatan dijual dan kakitangan dipindahkan keluar daripada negara lain tanpa kebenaran kerajaan.