
Meta akan mula merakam pergerakan tetikus dan butang papan kekunci pekerja mereka di Amerika Syarikat bagi tujuan latihan model kecerdasan buatan (AI) mereka menurut laporan Reuters. Perisian Model Capability Initiative (MCI) digunakan bagi tujuan ini dengan ia turut akan melakukan tangkapan skrin komputer kakitangan secara berkala apabila menggunakan aplikasi dan perisian kerja.

Data daripada MCI kemudiannya akan membolehkan sebuah sistem AI autonomi dibangunkan bagi mengambil alih tugas pekerja manusia di masa hadapan. Model AI yang boleh menggantikan pekerja manusia adalah antara yang giat dibangunkan syarikat AI kerana ia boleh menjana pendapatan menerusi pelanggan perniagaan.
Tindakan Meta merakan pergerakan tetikus dan penggunaan papan kekunci ini menimbulkan persoalan mengenai privasi kakitangan di tempat kerja disamping membuka persoalan etika kerana pekerja kini sedang melatih ejen AI yang boleh mengambil alih tugas mereka.
Meta dilaporkan akan membuang 8000 pekerja pada bulan Mei depan di bawah inisiatif mengurangkan kos dan mengoptimasikan jumlah pekerja. Antara pekerja yang akan kehilangan kerja adalah mereka yang terlibat dengan pembangunan dunia metamesta dan pemasaran.


