Meta Bakal Perkenal Fungsi ‘Log In’ WhatsApp Melalui Akaun Instagram Dan Facebook Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
22 Jan 2025 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meta hari ini mengumumkan perkembangan terkini untuk ciri Account Center – sebuah hab setempat yang membolehkan pengguna menguruskan identiti dan akaun mereka untuk semua perkhidmatan di bawah Meta.

Dalam kemaskini terbaru ini, Meta mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan ciri baharu pada WhatsApp yang membolehkan pengguna menambah akaun WhatsApp mereka ke dalam Account Center.

image is not available

Sumber : visuals6x - stock.adobe.com  

Ciri ini bertujuan memudahkan pengurusan akaun di platform-platform Meta dalam satu tempat.

Dengan langkah ini, pengguna akan diberikan pilihan untuk menambah akaun WhatsApp mereka ke dalam Account Center, membolehkan mereka menguruskan semua akaun di bawah Meta dalam satu tempat.

Ini akan memudahkan pengguna untuk log masuk semula ke WhatsApp, sama ada menggunakan akaun Instagram atau Facebook, sebagai alternatif kepada penggunaan nombor telefon.

image is not available

Meta juga menyatakan bahawa ciri ini akan diperluaskan untuk membolehkan pengurusan avatar profil, sokongan berkaitan Meta AI, dan pelbagai fungsi lain dalam satu tempat yang mudah diakses.

Ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam beberapa bulan akan datang. Meta menegaskan bahawa ciri ini adalah pilihan, dan hanya pengguna yang berminat sahaja yang boleh menggunakannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Garmin Pay Dilancarkan Secara Rasmi, Jalin Kerjasama Pertama Dengan Public Bank

nk